Gempa susulan 5.1 magnitud landa Cebu

Iklan
Pasukan penyelamat mencari tiga orang yang dilaporkan hilang di bawah runtuhan bangunan di Bogo City pada Rabu selepas gempa bumi kuat 6.9 magnitud menggegarkan tengah Filipina - Foto: AFP

MANILA - Gempa bumi bermagnitud 5.1 menggegarkan Bogo City di Cebu pada awal pagi Jumaat, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs).

Gempa bumi tektonik itu berlaku 18 kilometer timur laut Bogo City pada 5.39 pagi waktu tempatan, lapor agensi berita Filipina (PNA).

Iklan
Iklan

Phivolcs berkata gegaran pada kedalaman 10 kilometer itu merupakan gempa susulan daripada gempa bumi bermagnitud 6.9 yang melanda perairan berhampiran pulau Cebu di tengah Filipina pada 30 Sept lepas.

Tiada kerosakan dilaporkan akibat gempa bumi bermagnitud 5.1 itu. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan