GOWA - Seorang lelaki ditemui dalam keadaan kritikal berlumuran darah selepas membunuh isterinya.
Pelaku dikenali sebagai AM, 45, bertindak melarikan diri selepas mengelar isterinya, SY, 36, ketika kejadian di Dusun Bontomarannu, Desa Bontotangnga, Kecamatan Bontolempangang, Kabupaten Gowa, Sulawesi Selatan di Indonesia pada Khamis.
Iklan
Iklan
Menurut saksi, ahli keluarga mereka terdengar bunyi jeritan dari bilik mangsa dan meluru untuk memeriksa keadaannya.
Bagaimanapun, SY sudah pun meninggal dunia dengan kesan luka di leher dan dada.
"Maklumat awal yang kami peroleh mendapati ia merupakan kes di bawah keganasan rumah tangga," kata Kanit Jatanras Polres Gowa, Ipda Aditya Pamungkas.
Difahamkan, jiran tetangga mangsa bertindak menjejaki pelaku, namun menemuinya dalam keadaan kritikal akibat kecederaan pada bahagian pinggang.
Pihak berkuasa turut menemui sebilah badik yang digunakan sebagai senjata oleh AM dan pelaku kini dirawat di rumah sakit sementara siasatan lanjut dijalankan. - Agensi