ISTANBUL - Pihak berkuasa Israel pada Khamis mula mengadakan perbicaraan pengusiran terhadap aktivis yang ditahan daripada flotilla bantuan antarabangsa menuju ke Semenanjung Gaza yang dikepung, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik kenyataan sebuah pusat undang-undang.
Dalam satu kenyataan, Adalah, pusat undang-undang pertama yang dikendalikan oleh rakyat Arab Palestin di Israel memaklumkan yang ia menerima panggilan daripada peserta flotilla yang melaporkan pegawai imigresen memulakan sesi perbicaraan berkaitan penahanan dan perintah pengusiran mereka di Pelabuhan Ashdod, sejurus selepas pasukan tentera laut Israel menggempur puluhan kapal flotila lewat Rabu dan awal pagi Khamis.