Penunggang basikal maut terjatuh ke landasan kereta api

Iklan
Seorang penunggang basikal maut selepas terjatuh dari jejantas motosikal di Kampung Pinang Seberang, Taiping. Foto JBPM Perak

IPOH - Penunggang basikal berusia 49 tahun maut selepas terjatuh dari jejantas motosikal setinggi 6.10 meter ke atas landasan kereta api di Kampung Pinang Seberang, Kamunting dekat Taiping pada Khamis.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 2.10 petang.

Iklan
Iklan

"Mangsa mengalami kecederaan parah akibat hentakan pada bongkah batu dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, operasi melibatkan sembilan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting, 12 anggota polis dan tiga petugas KKM tamat pada 3.30 petang. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan