Halang tugas polis, dua peserta himpunan depan Kedutaan AS ditahan

Iklan
Fadil

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua lelaki selepas berlaku kekecohan ketika perhimpunan aman pro-Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak di sini pada Khamis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, perhimpunan yang bermula jam 12 tengah hari itu dihadiri kira-kira 50 peserta sebelum keadaan bertukar tegang apabila beberapa individu bertindak menutup aliran trafik di hadapan kedutaan itu.

Iklan
Iklan

"Dalam insiden itu, seorang anggota polis mengalami kecederaan di mulut selepas disiku oleh peserta perhimpunan ketika menjalankan kawalan keselamatan.

"Susulan kejadian, polis menahan dua lelaki berusia 23 dan 32 tahun kerana bertindak menghalang penjawat awam menjalankan tugas. Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Fadil berkata, penganjur dan peserta dinasihatkan agar mematuhi peraturan serta undang-undang sedia ada ketika berhimpun.

“Polis menghormati hak kebebasan rakyat untuk berhimpun secara aman dan sentiasa bersedia memberi kerjasama termasuk sokongan bantuan keselamatan.

Iklan

"Namun tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran," jelasnya.