Murid Tahun 4 meninggal dunia: Proses bedah siasat belum dimulakan

Iklan
Keadaan lengang di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau pada Khamis.

SEREMBAN - Proses bedah siasat ke atas murid lelaki Tahun Empat yang dilaporkan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di tandas sebuah sekolah di sini masih belum dijalankan setakat jam 12 tengah hari ini.

Difahamkan, siasatan di lokasi kejadian masih berlangsung sebelum proses bedah siasat dapat dimulakan.

Iklan
Iklan

Tinjauan Sinar Harian di pekarangan sekolah mendapati kawasan tersebut dikawal ketat dengan laluan keluar masuk dipantau rapi.

Beberapa kenderaan milik agensi berkaitan turut dilihat keluar masuk dari kawasan sekolah.

Iklan

Pasukan polis dan perubatan dilaporkan tiba di sekolah sekitar jam 9 pagi bagi memulakan siasatan di lokasi kejadian.

Sementara itu di Unit Forensik Hospital Rembau pula didapati keadaan masih lengang dan tiada waris berada di pekarangan hospital.

Iklan

Pada Rabu, Kementerian Pendidikan mengesahkan maklumat tular mengenai insiden seorang murid ditemukan tidak sedarkan diri di sekolah sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bagaimanapun memohon orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan bagi menjaga emosi keluarga, selain menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan penuh.

Dalam pada itu, polis diklasifikasikan di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan sementara menunggu hasil bedah siasat dijalankan.

Pihak polis menerima maklumat mengenai kematian kanak-kanak itu pada jam 1.19 petang, Rabu semasa mangsa menerima rawatan di sebuah klinik swasta.