Istiadat Perarakan Pernikahan Diraja Raja Muda Selangor

Iklan

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat pada Istiadat Perarakan Pernikahan Diraja Raja Muda Selangor pagi ini.

Perarakan sejauh kira-kira 550 meter bermula dari Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz sehingga ke Istana Alam Shah itu diiringi oleh Rejimen ke-25 Askar Melayu Diraja sebagai jejawat dan paluan kumpulan kompang Istana Diraja Selangor.

Iklan
Iklan