Kadzim dilantik semula sebagai Speaker DUN Sabah

Iklan
Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman menyampaikan watikah pelantikan kepada Kadzim di Istana Seri Kinabalu.

KOTA KINABALU - Datuk Seri Kadzim M Yahya sekali lagi diberi mandat untuk memimpin Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah selepas dilantik semula sebagai Speaker.

Kadzim menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu di sini, pada Khamis.

Iklan
Iklan

Upacara mengangkat sumpah turut dilaksanakan di hadapan Tun Musa sebelum beliau menandatangani dokumen pelantikan yang disaksikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi.

Istiadat itu turut disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama barisan menteri kabinet dan pembantu menteri.

Iklan
Iklan