Piala Dunia 2026: FIFA terus terima tekanan gesa haramkan Israel

Iklan
Tekanan terhadap FIFA dan UEFA semakin meningkat sejak konflik Israel-Palestin kembali memuncak pada Oktober 2023.

DESAKAN terhadap Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) supaya menggantung penyertaan Israel ke Piala Dunia 2026 semakin memuncak apabila Sepanyol mengugut untuk memboikot kejohanan itu jika Israel layak beraksi.

Menurut laporan SportBible.com, tekanan terhadap FIFA dan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) semakin meningkat sejak konflik Israel-Palestin kembali memuncak pada Oktober 2023, dengan Amnesty International turut menggesa tindakan penggantungan diambil.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, mesyuarat Majlis FIFA di Zurich pada Khamis ini dilaporkan tidak memasukkan isu Israel dalam agenda rasmi, sekali gus memastikan tiada sebarang undian dapat dijalankan bagi memenuhi tuntutan itu.

Timbalan Presiden FIFA yang juga Presiden CONCACAF, Victor Montagliani berkata kedudukan Israel adalah di bawah tanggungjawab UEFA dan bukannya FIFA.

Iklan

“Pertama sekali, Israel adalah ahli UEFA.

"Sama seperti saya berurusan dengan ahli dalam rantau saya, mereka perlu menguruskan hal itu,” katanya kepada SportBible.com ketika menghadiri sidang persidangan perniagaan sukan pada Rabu.

Iklan

Sementara itu, laporan media antarabangsa itu turut mendedahkan beberapa tokoh kanan UEFA sebelum ini berusaha mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutif bagi membincangkan isu larangan penyertaan Piala Dunia 2026 terhadap Israel.

Bagaimanapun, rancangan itu ditangguhkan selepas pengumuman pelan damai oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.