Tentera Israel tembak meriam air pada kapal GSF

Iklan
Hazwani (kiri) melaporkan tentera Israel telah melepaskan tembakan meriam air ke arah kapal mereka.

GAZA - Aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi melaporkan tentera Israel telah melepaskan tembakan meriam air ke arah kapal mereka.

“Israel melepaskan beberapa kali ‘watercanon’ ke arah kapal kami,” katanya dalam hantaran menerusi akaun Threads.

Iklan
Iklan

Beliau merupakan salah seorang daripada peserta yang dalam perjalanan menuju ke Gaza melalui misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Hazwani merupakan adik kepada pelakon, Heliza Helmi yang turut menyertai misi tersebut.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Ketua Pengarah Sekretariat Nusantara Care Centre (SNCC), Datuk Dr Sany Araby Abdul Alim mengesahkan kapal Alma yang membawa tiga wakil Malaysia telah dipintas di perairan antarabangsa pada jam 8.35 malam waktu Gaza pada 1 Oktober.