Tiga kapal Global Sumud Flotilla 'diculik', disabotaj tentera laut Israel

Iklan
Tiga kapal misi kemanusiaan GSF iaitu Alma, Surius dan Adara dipintas, 'diculik' serta dinaiki secara paksa oleh Tentera Laut Israel ketika berlayar di perairan antarabangsa.

GAZA – [DIKEMAS KINI] Tiga kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu Alma, Sirius dan Adara dipintas, 'diculik' serta dinaiki secara paksa oleh Tentera Laut Israel ketika berlayar di perairan antarabangsa pada kira-kira jam 8.30 malam waktu Gaza pada Rabu.

Menurut kenyataan GSF, sistem komunikasi kapal-kapal terbabit dipercayai telah disabotaj secara sengaja oleh rejim Israel bagi menghalang inisiatif siaran langsung melalui platform media sosial serta penghantaran isyarat kecemasan daripada disebarkan.

Iklan
Iklan

Tambah GSF, beberapa kapal lain turut terputus hubungan komunikasi sejurus insiden itu berlaku.

“Serangan ini merupakan tindakan haram terhadap sukarelawan kemanusiaan yang tidak bersenjata di perairan antarabangsa,” jelas kenyataan itu.

Iklan

GSF menegaskan, walaupun sebahagian kapal telah dipintas, flotilla tersebut masih berada kira-kira 70 batu nautika dari pesisir Semenanjung Gaza dan akan meneruskan pelayaran tanpa gentar.

Tambah GSF, organisasi itu turut menyeru kerajaan dunia, pemimpin antarabangsa serta institusi global mendesak Israel menjamin keselamatan semua yang berada di atas kapal serta membebaskan mereka segera.

Iklan

Sementara itu, Ketua Pengarah Sekretariat Nusantara Care Centre (SNCC), Datuk Dr Sany Araby Abdul Alim mengesahkan kapal Alma yang membawa tiga wakil Malaysia turut dipintas di perairan antarabangsa pada jam 8.35 malam waktu Gaza.

“Kapal ini membawa seramai tiga orang delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza.

"Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan media awal pagi tadi.

Berikut ialah nama rakyat Malaysia yang menaiki dua kapal tersebut sementara satu lagi kapal tiada maklumat

1. Musa Nuwayri Kamaruzaman - Kapal Alma

2. Sul Aidil - Kapal Alma

3. Ilya Balqis Suhaimi - Kapal Alma

4. Mohammad Haikal Abdullah - Kapal Sirius

5. Mohammad Muaz Zainal Abidin - Kapal Sirius

6. Zulfadhli Khiruddin - Kapal Sirius

7. Muhammad Rusydi Ramli - Kapal Sirius