SEPANG - Kapal misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang belayar di perairan antarabangsa telah berjaya memasuki zon merah R3, iaitu kira-kira 100 batu nautika dari Gaza, pada jam 9.20 malam, Rabu.
Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby.
Iklan
Iklan
Menurutnya, GSF yang membawa misi bantuan itu dijangka tiba di wilayah Gaza pada sekitar jam 6 petang, Khamis waktu Malaysia.
"Kapal-kapal telah berjaya memasuki zon merah R3 dengan kapal Seulle mendahuli, kita doakan yang terbaik.
"Kita 24 jam sedang berhubung dengan mereka. Sekiranya apa-apa berlaku setakat sekarang masih ada 44 kapal. Dan kita juga akan cuba sedaya upaya memberi sokongan moral kepada pihak di atas kapal,” katanya kepada pemberita di Mapim Central Warehouse, Bandar Serenia, di sini pada Rabu.
Sani Araby berkata, walau bagaimanapun, mereka dalam fasa-fasa latihan, fasa-fasa membuat persediaan dan tidak dibenarkan untuk banyak berkomunikasi dengan dunia luar kerana mungkin itu akan memberi sedikit sebanyak gangguan.
“Jadi kita doakan ini adalah fasa-fasa yang insya-ALLAH berakhir dengan kemenangan. Apa juga ujian, kita mohon rakyat Malaysia terus berdoa,” katanya.