WASHINGTON - Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Pete Hegseth dengan lantang mengecam 'jeneral gemuk' ketika berucap pada pertemuan bersama komander pada Selasa.
"Ia sememangnya tidak boleh diterima untuk melihat jeneral dan laksamana yang tidak cergas untuk berada dalam dewan Pentagon ini.
Iklan
Iklan
"Ujian kecergasan akan dilakukan untuk menjadi penanda aras kepada pegawai lelaki. Mereka perlu mematuhi kepentingan piawaian dandanan demi menjaga imej," ujarnya.
Hegseth juga mengkritik pegawai yang menyimpan janggut.
"Era penampilan selekeh dan tidak profesional sudah berakhir. Berjanggut dilarang sama sekali," tegasnya tanpa mendapat sebarang reaksi daripada para hadirin.
Menerusi ucapan berdurasi 45 minit itu, beliau turut menyelar budaya yang membenarkan ribuan tentera menyimpan janggut sejak 15 tahun lalu.
Difahamkan, Hegseth mengeluarkan memo memberi tempoh selama 60 hari untuk merangka pelan pelaksanaan bagi dasar dandanan baharu sebelum menguatkuasakannya dalam tempoh 90 hari. - Agensi