SHAH ALAM - Sebuah kapal tentera Israel dilaporkan berada berhampiran Global Sumud Flotilla yang dalam pelayaran menuju ke Gaza.
Menerusi hantaran Instagram Thiagoavilabrasil, susulan itu mereka telah diugut dan sistem komunikasi telah dirosakkan.
Iklan
Iklan
“Sebuah kapal tentera Israel baru sahaja menghampiri bot kami, melakukan ugutan, merosakkan sistem komunikasi kami serta melakukan taktik berbahaya dengan mengelilingi bot utama kami, Alma dan Sirius!
“Walaupun berlaku kerosakan pada peralatan elektronik, tiada siapa yang cedera dan kami terus belayar ke Gaza untuk memecahkan kepungan dan membuka laluan kemanusiaan,” kata hantaran tersebut.
Terdahulu, Sumud Nusantara Official memaklumkan konvoi berkenaan kini berada dalam keadaan penuh berjaga-jaga selepas menerima laporan peningkatan aktiviti dron di ruang udara laluan misi.
Katanya, situasi berkenaan menandakan cabaran yang semakin getir sedang dihadapi para peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.
Pada Selasa, Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) dilaporkan menjangkakan misi Global Sumud Flotilla akan memasuki zon merah dalam masa 28 jam, iaitu pada Rabu jam 7 petang waktu Malaysia.