Mayat ditemukan bersama motosikal dalam parit dipercayai warga emas hilang

Iklan
Mangsa dipercayai hilang sejak 8 September lepas ditemukan bersama sebuah motosikal di dalam parit di tepi jalan Kampung Tanjung Lengkong, Rantau Panjang, Selama. Foto IPD Selama

IPOH - Mayat seorang wanita dipercayai warga emas yang hilang sejak 8 September lepas ditemukan bersama sebuah motosikal di dalam parit di tepi jalan Kampung Tanjung Lengkong, Rantau Panjang, Selama pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Selama, Superintenden Sarudin Samah berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang operator jengkaut yang sedang bekerja di kawasan itu pada jam 11.45 pagi.

Iklan
Iklan

"Ketika pengadu menjalankan kerja pembersihan bahu jalan di kawasan berkenaan telah ternampak sebuah motosikal di dalam parit, setelah memeriksa mendapati ada mayat dalam keadaan reput berhampiran motosikal berkenaan.

"Semakan rekod pendaftaran oleh pihak polis mendapati motosikal sama digunakan oleh seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang pada 8 September lepas, namun pihak polis masih menunggu keputusan pihak forensik bagi mengesahkan identiti mayat tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, mayat tersebut dibawa ke Unit Forensik Hospital Selama esok untuk bedah siasat dan kes kini disiasat sebagai mati mengejut. - Bernama

 

Iklan