VitaHealth rai pencapaian bersejarah Pearly-Thinaah

Iklan
Pearly (tengah) bersama Thinaah (kanan) menyerahkan jersi lengkap tanda tangan khas mereka kepada Dr KS Beh sebagai tanda penghargaan.

 

SHAH ALAM - VitaHealth menganjurkan ‘Let’s Party with Pearly & Thinaah’ bagi meraikan pencapaian luar biasa duta jenama, Pearly Tan bersama rakan beregunya, M Thinaah yang berjaya merangkul Pingat Perak di Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif VitaHealth (Malaysia & Singapura), Dr KS Beh berkata, majlis tersebut bukan sahaja untuk meraikan kejayaan Pearly dan Thinaah.

“Bahkan ia juga menghargai para peminat yang sentiasa memberi sorakan dan semangat kepada beregu badminton wanita nombor satu negara.

Iklan

“Saya puji keberanian mereka yang tidak pernah mengalah dalam menghadapi cabaran dan kebangkitan luar biasa sehingga berjaya menduduki ranking beregu wanita nombor dua dunia,” katanya.

Pearly (dua dari kanan) bersama Dr KS Beh dan Thinaah bergambar bersama peminat dan media pada majlis eksklusif berkenaan.

Iklan

Menurut beliau lagi, selama 78 tahun dalam bidang suplemen, VitaHealth sentiasa komited untuk menginspirasi kehidupan yang lebih sihat dan gembira kerana nutrisi memainkan peranan penting dalam membekalkan tenaga, mempercepat pemulihan serta membina daya ketahanan.

“Hari ini, VitaHealth terus memperkukuh peranannya dalam nutrisi sukan dengan menyokong atlet negara melalui produk inovatif dan penglibatan komuniti.

“Dengan momentum ini, VitaHealth mengukuhkan lagi komitmen terhadap kesejahteraan, berdiri teguh bersama atlet Malaysia dalam usaha mereka mencapai kejayaan yang lebih gemilang,” ujarnya penuh semangat.

Dalam majlis itu, VitaHealth menghadiahkan insentif bernilai RM15,000 kepada Pearly sebagai tanda penghargaan.

Pada masa sama, pasangan beregu tersebut juga menerima telefon pintar terkini, iPhone Pro Max dalam warna oren terang yang menterjemahkan warna korporat jenama.

Dr KS Beh (tengah) menyerahkan hadiah berupa iPhone 17 Pro Max kepada Pearly (kiri) dan Thinaah (kanan) sebagai tanda penghargaan atas kejayaan pingat perak mereka di Kejohanan Badminton Dunia BWF 2025.

Hadiah berkenaan melambangkan komitmen VitaHealth dalam menyokong atlet negara, bukan sahaja di dalam gelanggang bahkan di luar gelanggang.

Dalam momen penuh bermakna, Pearly dan Thinaah turut menghadiahkan jersi terbaharu mereka yang lengkap dengan tanda tangan khas kepada VitaHealth sebagai tanda terima kasih.

Acara eksklusif itu menghimpunkan lebih 70 peminat, rakan perniagaan dan rakan media bersama meraikan perjalanan hebat dan semangat juang Pearly dan Thinaah yang tidak pernah luntur.