Treler langgar kereta ketika buat pusingan U

Iklan
Tular video di media sosial memaparkan sebuah treler membuat pusingan U sehingga mengakibatkan kemalangan.

SUNGAI BULOH – Gara-gara tersalah jalan, sebuah treler melanggar kereta yang diparkir di bahu jalan ketika cuba membuat pusingan U di Jalan Hospital di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, siasatan awal mendapati pemandu treler terbabit dalam perjalanan dari Klang menuju ke sebuah kilang di Sungai Buloh.

Iklan
Iklan

"Setibanya di Jalan Hospital, pemandu menyedari telah memasuki jalan yang salah sebelum cuba membuat pusingan U.

"Bagaimanapun ketika mengundur, treler tersebut melanggar sebuah kereta yang diparkir di bahu jalan hingga menyebabkan kerosakan pada kedua-dua kenderaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Katanya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan melibatkan kejadian.

"Pemandu kedua kenderaan terlibat telah hadir membuat laporan polis di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh pada hari sama.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Tular video di media sosial memaparkan sebuah treler membuat pusingan U sehingga mengakibatkan kemalangan.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati serta mematuhi papan tanda jalan raya bagi mengelakkan insiden seumpama itu berulang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Azizul Azrin Bahro di talian 013-6756317 atau Bilik Gerakan IPD Sungai Buloh di talian 03-61561222," katanya.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan sebuah treler membuat pusingan U sehingga mengakibatkan kemalangan.