'Berpisah di pelabuhan Tunisia, bertemu semula di zon kuning'

Iklan
Iylia gembira dipertemukan semula rakan-rakan lain yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza.

SHAH ALAM - Sukarelawan Malaysia menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang berpisah di pelabuhan Tunisia akhirnya dipertemukan semula di zon kuning dalam perjalanan menuju ke Gaza.

Peserta, Iylia Balqis Suhaimi berkata, pertemuan berkenaan dianggap sebagai kejutan yang penuh makna dan sarat dengan hikmah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pertemuan tidak dijangka itu melibatkan beberapa rakan seperjuangan termasuklah dua aktivis iaitu Heliza Helmi dan Hazwani Helmi

"Alhamdulillah bertemu kembali bersama Kak Ja dan Wani, Ustaz Hidayat, Ustaz Nik Aziz dan Haikal.

Iklan

"Subhanallah. Kami dulu berpisah di port Tunisia, tapi siapa sangka ALLAH SWT pertemukan kami kembali di zon kuning," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Menurut, pertemuan terbabit tidak disangka, namun tetap berharap ada hikmah tersirat di sebalik kejutan tersebut.

Iklan

Dalam pada itu, Iylia turut meluahkan rasa bersyukur kerana masih berpeluang makan dan tidur, sekali gus menganggap ia sebagai nikmat dan bukti rahmat ALLAH.

"Alhamdulillah, dapat menjamu tetamu dengan Egg Wrap lagi dan tempat tidur sementara. Husnuzon dengan ALLAH SWT, Insya-ALLAH, ada jalan keluar," menurutnya.

Dalam pada itu, Iylia turut berkongsi harapan agar siri kejutan yang berlaku akan berakhir dengan berita gembira apabila mereka berjaya menjejakkan kaki ke bumi Gaza.