Sukan dan kewarganegaraan
Iklan
Di Malaysia, kita terpalit dengan isu beberapa pemain warisan yang telah digantung oleh FIFA. Foto Bernama
ANTARA isu yang paling kritikal sebelum Tanah Melayu merdeka ialah isu kerakyatan - atau jus soli. Orang Melayu begitu bimbang apabila penjajah Inggeris mahu memberikan hak kerakyatan kepada orang luar yang dilahirkan di negara ini tanpa mengambil kira asal usul ibu bapa mereka. Ia menyebabkan protes besar-besaran orang Melayu pada waktu itu.
Masa telah berlalu lama. Orang kini mungkin tak begitu bertanya lagi bagaimana orang luar itu boleh menjadi warganegara.