Jantung berhenti lima kali sehari, pesakit syukur masih hidup
Iklan
Anak sulung menunjukkan perentak jantung yang dipasang pada 2024 untuk menyokong organ jantung Mohd Zainol.
JITRA - “Jantung saya pernah berhenti lima kali dalam sehari, tetapi saya masih di sini, masih bernafas,” kata Mohd Zainul Arif Zainol, 37, pesakit jantung yang kini bergantung pada pacemaker.
Mohd Zainul berkata, beliau sangat bersyukur masih boleh buat kerja ringan di rumah walaupun perlu berhenti setiap 50 meter bila berjalan.