15 tahun tragedi Bukit Antarabangsa
Iklan
Dua tragedi yang berlaku di Bukit Antarabangsa telah meninggalkan parut mendalam dalam sejarah negara. Foto fail Bernama
DUA tragedi yang berlaku di Bukit Antarabangsa telah meninggalkan parut mendalam dalam sejarah negara. Pada tahun 1993, runtuhan Highland Towers meragut 48 nyawa dalam kejadian yang menyayat hati.
Blok kondominium yang kukuh rebah dalam sekelip mata, menyentak kesedaran negara tentang risiko pembangunan di kawasan bukit.