Amaran ribut petir sehingga 10 malam ini - MetMalaysia

Iklan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di seluruh negara sehingga 10 malam ini. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di seluruh negara sehingga 10 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Dalam kenyataan pada Isnin, MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah Kelantan (Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai), Terengganu dan Pahang (Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera).

Iklan
Iklan

Turut dijangka terjejas ialah Selangor (Kuala Langat, Sepang), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Rembau), Melaka serta Johor (Tangkak, Muar).

Di Sarawak, kawasan terbabit termasuk Kapit, Bukit Mabong, Belaga, Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan, Marudi) dan Limbang, manakala di Sabah meliputi pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort) serta Pantai Barat (Putatan).

Iklan

Turut dijangka terkesan ialah Wilayah Persekutuan Labuan. - Bernama

 

Iklan