Cadang hukuman seks suka sama suka: Ketua Polis Kelantan tegaskan hanya pandangan peribadi

Iklan
Mohd Yusoff.

KOTA BHARU – Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menegaskan cadangannya supaya undang-undang sedia ada diteliti semula berhubung kes hubungan seksual bawah umur suka sama suka adalah pandangan peribadinya dan tidak perlu ditarik balik.

Beliau berkata, cadangan itu dibuat berdasarkan pemerhatiannya terhadap trend kes rogol bawah umur di negeri ini yang kebanyakannya berlaku atas dasar suka sama suka, namun terpulang kepada kerajaan sama ada mahu memberi perhatian atau sebaliknya.

Iklan
Iklan

“Kenapa perlu tarik balik kenyataan itu kerana apa yang diutarakan adalah pandangan saya.

“Terserah kepada kerajaan mahu mengambil perhatian atau tidak. Tidak teliti pun tiada masalah, malah Menteri Dalam Negeri sendiri sudah memaklumkan itu adalah pandangan saya,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ke-56 di Istana Balai Besar di sini pada Isnin.

Sebelum ini, Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa Mohd Yusoff menarik semula cadangan terbabit dan memohon maaf kerana dikatakan tidak sensitif terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.

Iklan

Terdahulu, Polis Kelantan memaklumkan statistik menunjukkan hampir 90 peratus kes rogol bawah umur di Kelantan berlaku atas dasar suka sama suka atau bukan paksaan, justeru undang-undang sedia ada wajar diperhalusi agar masyarakat lebih memahami kesan kesalahan berkenaan.