Bersih pantau PRN Sabah, fokus kesalahan politik wang
Iklan
Bersih akan menggerakkan pasukan Pemantau Pilihan Raya (Pemantau) bagi memantau perjalanan PRN Sabah.
SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan menggerakkan pasukan Pemantau Pilihan Raya (Pemantau) bagi memantau perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ke-17.
Jawatankuasa Pemandu Bersih berkata, pihaknya akan menggerakkan 100 orang Pemantau untuk memantau di 30 daripada 73 buah Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah.
Iklan
Iklan
Menurutnya, DUN yang akan dipilih termasuk kawasan wakil rakyat yang melompat berkali-kali, terpalit isu rasuah, kerusi marginal dan juga kawasan Ketua Menteri.
"Pemantauan akan diadakan secara fizikal dan juga secara dalam talian untuk memantau perjalanan kempen.
Iklan
"Misi ini bertujuan bagi memastikan hak pengundi Sabah dihormati dalam masa sama pilihan raya berjalan dengan bersih, bebas dan adil.
"Ia perlu bebas daripada sebarang salah laku pilihan raya dan pembelian undi bagi menterjemah kehendak sebenar orang Sabah dalam keputusan PRN kelak," ujarnya dalam satu kenyataan.
Iklan
Pada Mac lalu, Bersih menggesa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor untuk segera mengumumkan tarikh pembubaran agar memudahkan semua pihak merancang bagi menghadapi PRN terutama pengundi membuang undi.
Bagaimanapun, nampaknya kepentingan politik parti pemerintah lebih diutamakan daripada kepentingan rakyat Sabah secara keseluruhannya.
Tambah kenyataan itu, pasukan Pemantau Bersih kali ini akan mengkhususkan pantauan terhadap kesalahan politik wang atau rasuah yang diberikan sebelum atau semasa pilihan raya berlangsung.
Jelasnya, oleh itu rakyat Sabah digesa menolak 100 peratus unsur-unsur politik wang daripada calon atau parti politik.
"Pendekatan umum yang selama ini digunakan seperti duit ambil undi belum tentu wajib ditolak dan ditinggalkan sepenuhnya kerana pendekatan ini hanya menggalakkan parti-parti politik mencari dana politik secara tidak sah untuk dihamburkan kepada rakyat bagi menjadi wakil rakyat.
"Hanya dengan kuasa rakyat dapat menjamin pilihan raya di negeri di bawah bayu ini dapat berjalan dengan bersih, bebas dan adil.
"Kita perlu menolak secara total politik wang dan politik kotor di Sabah," ujarnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.