eTomAato hidang rasa Mediterranean ke dapur tempatan

Iklan
eTomAato mewakili lebih 70 pengeluar tomato Itali dengan matlamat menjadikan tomato Eropah sebagai pilihan utama dalam sektor makanan dan minuman yang berkembang pesat di Malaysia.

KEMPEN eTomAato: European Tomato, A Red Passion dilihat menjadi inisiatif komprehensif bagi mempromosikan produk tomato premium Itali kepada pengguna, restoran dan pengeluar makanan tempatan.

Kempen tersebut anjuran Kedutaan Itali di Kuala Lumpur dan Agensi Perdagangan Itali (ITA) dengan kerjasama OI Pomodoro da Industria Bacino Centro Sud Italia dan disokong Kesatuan Eropah (EU).

Iklan
Iklan

Pesuruhjaya Perdagangan ITA, Dr Angela Donvito berkata, eTomAato menghubungkan warisan tomato berabad-abad dari Eropah dengan inovasi kulinari dinamik Asia.

Dr Angela (empat dari kiri) bersama Francesco (dua dari kiri); Ketua Pengarah Euroconsult Sicilia, Michele Sabatino (tiga dari kiri); Presiden OI Pomodoro Centro Sud Italia, Guglielmo Vaccaro (empat dari kanan) dan wakil daripada ITA dan ITALCHAM Malaysia pada pelancaran eTomAato sempena Pameran Food & Hospitality Malaysia (FHM) 2025.

Iklan

“Kami menyediakan kepada chef, pengeluar makanan dan pengguna Malaysia bahan masakan yang menepati piawaian antarabangsa tertinggi, di samping menginspirasikan kemungkinan baharu dalam masakan.

“Kempen ini juga menzahirkan komitmen kami terhadap kerjasama jangka panjang yang memberi manfaat kepada industri makanan kedua-dua rantau,” katanya yang memperkenalkan kempen secara rasmi ke Malaysia.

Iklan

Sementara itu, Setiausaha Kedua Kedutaan Itali di Kuala Lumpur, Francesco Pezzarossi turut mengesahkan pengembangan inisiatif tersebut ke Thailand dan Singapura.

“Itali mengeksport tomato yang diproses atau diawet bernilai €1.17 bilion (kira-kira RM5.7 bilion) ke pasaran global antara Januari hingga Mei lalu. Dalam tempoh sama, Malaysia mengimport sebanyak €8.58 juta (RM42.5 juta) produk berkenaan, termasuk €1.8 juta (RM8.9 juta) dari Itali.

“Dengan rasa yang kaya dan tradisi kulinari mendalam, tomato awet Itali kini mempunyai kedudukan kukuh dalam pasaran Malaysia, menjadikan Itali pembekal kedua terbesar dalam kategori ini,” ujarnya.

eTomAato mewakili lebih 70 pengeluar tomato Itali dengan matlamat menjadikan tomato Eropah sebagai pilihan utama dalam sektor makanan dan minuman yang berkembang pesat di Malaysia.