KUALA TERENGGANU - Seorang pesara lelaki rugi sebanyak RM525,000 selepas diperdaya sindiket pelaburan mata wang kripto tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pada 23 Mei lepas, mangsa yang berusia 71 tahun telah melihat iklan pelaburan mata wang kripto di laman sosial Facebook.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, mangsa yang berhubung secara dalam talian dengan suspek membuat pelaburan sebanyak RM525,000 setelah dijanjikan pulangan sebanyak AS$500,000.
"Mangsa, yang merupakan bekas pengarah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), telah membuat tujuh transaksi ke akaun suspek dari 20 hingga 27 Ogos lepas menggunakan wang simpanan persaraannya sendiri.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan... polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan pelbagai taktik penipuan dalam talian dan di media sosial," katanya.- Bernama