Sultan Selangor berangkat ziarah jenazah bonda Tengku Permaisuri

Iklan
Sultan Sharafuddin berkenan berangkat menziarahi jenazah bonda mertua baginda di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Ahad. Baginda turut diiringi Tengku Permaisuri Norashikin. Foto Selangor Royal Office

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat menziarahi jenazah bonda mentua baginda, Allahyarham Esah Tahar di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Ahad.

Baginda turut diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan Selangor Royal Office, Allahyarham Esah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.15 pagi Ahad di sebuah hospital pakar di Damansara akibat sakit tua.

Allahyarham yang berusia 82 tahun dilahirkan di Klang, Selangor, dan meninggalkan tiga orang anak, termasuk Tengku Permaisuri Norashikin yang merupakan anakanda bongsu.

Iklan
Iklan

Jenazah Allahyarham disemadikan di Makam Diraja Shah Alam bersebelahan pusara suami, Allahyarham Abdul Rahman Baba yang meninggal dunia pada 2021.