Bahasa Melayu bahasa perpaduan
Iklan
Bulan Bahasa Kebangsaan harus menjadi seruan nasional agar kita menulis, membaca dan berfikir dalam bahasa sendiri.
SETIAP Oktober, Malaysia menyambut Bulan Bahasa Kebangsaan sebagai lambang cinta dan penghargaan terhadap bahasa Melayu.
Slogan ‘Bahasa Melayu, Jiwa Bangsa’ dan ‘Bahasa Kita, Maruah Kita’ mengingatkan kita bahawa bahasa bukan sekadar alat komunikasi tetapi nadi yang mengikat sejarah, budaya serta identiti bangsa.