KKM disaran guna ubat lain dalam rawatan sedia ada
Iklan
Pengumuman tarif oleh Trump boleh memberi kesan kepada pasaran farmaseutikal global termasuk Malaysia.
SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disaran menggunakan ubat-ubatan lain dalam pelbagai jenis rawatan sedia ada di hospital awam sebagai alternatif terhadap implikasi kenaikan tarif bagi produk farmaseutikal.
Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Profesor Amrahi Buang berpandangan, Dasar Ubat Nasional (DUNas) mempunyai strategi utama berdasarkan matlamat dalam memastikan pelaksanaan aktiviti farmaseutikal mengikut sasaran yang ditetapkan.