Cucu Trump guna Rumah Putih lancar jenama pakaian

Iklan
Baju panas itu dijual pada harga RM549 dan turut tertera tandatangan dan logo 'KT'. Foto Agensi

WASHINGTON - Cucu kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memperkenalkan jenama pakaiannya dengan gambar promosi diambil di Rumah Putih.

Trump dengan bangga turut memperkenalkan cucunya ketika sidang media pada Jumaat.

Iklan
Iklan

"Untuk makluman semua, ini ialah Kai," ujar Presiden ke-47 itu yang turut memakai baju panas jenama cucunya.

Kai meneruskan legasi perniagaan keluarganya dengan menjual baju panas itu dengan harga AS$130 (RM549) yang turut tertera tandatangannya dan logo 'KT'.

Iklan

"Saya telah lama menyimpan impian untuk mengeluarkan koleksi ini. Ia boleh dipakai di mana sahaja termasuk ketika menghadiri majlis makan malam," menurut gadis berusia 18 tahun itu.

Iklan promosi itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi kerana ada segelintir warganet yang kurang bersetuju dengan tindakannya menggunakan Rumah Putih sebagai latar belakang untuk jualan barangan.

Iklan

Datuknya juga dikritik banyak pihak kerana didakwa menggunakan kedudukannya untuk mempromosikan kepentingan kewangan keluarga terutamanya dalam hartanah atau mata wang kripto. - Agensi