Janji PMX harga RON95 turun
Iklan
Pengumuman kerajaan menurunkan harga RON95 mampu meringankan beban rakyat. - Gambar hiasan
Syukur sangatlah jikalau betul harga RON95 turun jadi RM1.99 akhir September ini. Bukanlah turun 50 sen apabila kerajaan PH naik. Turun 6 sen pun jadilah. Harga sekarang RM2.05 sen. Besar maknanya pada rakyat dan pada ekonomi kita.
Sewaktu berucap di Johor Bahru Tuk Seri PMX kata hujung bulan ini janji akan ditepati. Katanya lagi, mana ada negara yang berani turunkan harga minyak masa ini? “Sebab negara ini diperintah oleh kerajaan yang memikirkan rakyat dan menunaikan janji.” Syabas PMX!