MU intai kemenangan berturut-turut buat kali pertama sejak Mei 2024

Iklan
Mbuemo kembali ke Stadium Komuniti Gtech buat kali pertama sejak menyertai United pada Julai lalu. Foto: Agensi

MANCHESTER United memburu kemenangan liga berturut-turut buat pertama kali sejak Mei tahun lalu apabila berkunjung ke Stadium Komuniti GTech berdepan Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini.

Skuad bimbingan Ruben Amorim kini di tangga ke-11 selepas menewaskan Chelsea 2-1 di Old Trafford minggu lalu, namun masih belum meraih sebarang kemenangan di tempat lawan musim ini.

Iklan
Iklan

Brentford pula berada di tangga ke-17, hanya satu mata daripada zon penyingkiran.

Dalam masa sama, perhatian turut terarah kepada kepulangan bekas penyerang Brentford, Bryan Mbeumo yang menyertai United Julai lalu dengan nilai perpindahan 65 juta pound (RM378 juta).

Iklan

Walaupun mungkin tiada sorakan besar jika dia menjaringkan gol, penyokong Brentford dijangka tetap menghargai jasa penyerang berusia 25 tahun itu.

Untuk rekod, Mbeumo menjaringkan 70 gol dalam 242 penampilan sepanjang enam musim bersama The Bees.

Iklan