Bot karam di Sungai Krian, empat pekerja hilang

Iklan
Enam mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai selepas sebuah sampan yang membawa 10 pekerja karam ketika menyeberangi Sungai Krian. Foto ihsan JBPM

SARATOK - Seorang lelaki tempatan dan tiga warga Indonesia dilaporkan hilang selepas sebuah sampan yang membawa 10 pekerja karam ketika menyeberangi Sungai Krian dari Jeti Sesang ke Jeti Pusa di sini petang Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, enam mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai manakala empat lagi masih belum dijumpai.

Iklan
Iklan

Mangsa tempatan yang hilang dikenali sebagai Mohd Asfar Sulaiman, 25, manakala tiga lagi ialah warga Indonesia iaitu Gunawan Pawadi, 35; Budianto Yapani, 50; dan Karyono, 41.

Enam warga Indonesia yang terselamat ialah Sandi Putra, 26; Amirul, 20; Tadin, 50; Diki Sanjaya, 22; Dwi Moko, 39; dan Krisna, 37.

Iklan

PGO JBPM memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 6.13 petang sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok dengan kekuatan empat anggota digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 56 kilometer.

"Setibanya di lokasi pada 7.10 malam, pasukan operasi mendapatkan maklumat daripada mangsa yang selamat dan pihak syarikat. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dilancarkan pagi ini atas faktor keselamatan,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Iklan