Kewartawanan benteng kebenaran
Iklan
Liputan yang menyeluruh membantu pembaca memahami rasional dasar, implikasi kepada pengguna, dan pandangan pelbagai pihak. - Gambar hiasan
Di Malaysia dan serata dunia, kewartawanan dikepung dari pelbagai penjuru. Antaranya maklumat yang tidak sahih tular di media sosial, tekanan politik untuk wartawan mengeluarkan berita dengan cepat dan tepat, serta kemerosotan iklan yang menipiskan kualiti berita.
Namun, dalam hiruk-pikuk maklumat inilah, kerja wartawan paling relevan. Kerja menyemak, menapis, dan menyusun maklumat yang orang ramai boleh percayai lebih kritikal pada zaman ini.