Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan
Iklan
Cadangan bahasa Mandarin dan Tamil diajar di sekolah-sekolah kebangsaan patut difikirkan secara serius oleh Kementerian Pendidikan. - Gambar hiasan
Awang setuju sangat kalau bahasa Mandarin dan Tamil diajar di sekolah-sekolah kebangsaan. Khabarnya Timbalan Presiden Pas, Tuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ada buat cadangan itu dalam muktamar parti dua minggu lepas. Bagi Awang, ini cadangan yang bernas dan patut difikirkan secara serius oleh Kementerian Pendidikan.
Mungkin boleh dibincangkan kaedahnya. Mungkin dalam bentuk pengajaran asas. Atau dibuka pada mereka yang berminat. Atau menjadikannya satu mata pelajaran khusus. Menurut khabarnya sudah ada sekolah yang menawarkan mata pelajaran tersebut atas permintaan ibu bapa.