Al-Quran At-Tilawah perjuzuk bantu khatam dalam tempoh sebulan

Iklan
Muhamad Asyraf menunjukkan al-Quran Amazing dengan tawaran harga istimewa sepanjang Jualan Gudang Karangkraf 2025.

SHAH ALAM - Jualan Gudang Karangkraf 2025 bermula pada Jumaat tampil dengan tawaran istimewa apabila Karya Bestari menawarkan produk terbaharu, al-Quran At-Tilawah Perjuzuk yang direka khas untuk membantu umat Islam khatam al-Quran dalam tempoh sebulan.

Eksekutif pemasaran al-Quran Karya Bestari, Muhamad Asyraf Jalaluddin berkata, al-Quran Tilawah Perjuzuk itu hadir dengan dua versi iaitu dalam bentuk kotak dan 'pouch'

Iklan
Iklan

Beliau berkata, produk terbaharu turut dilengkapi panduan waktu solat lima waktu pada setiap empat muka surat untuk memudahkan pembaca menyusun jadual bacaan harian.

"Jadi, al-Quran itu amat sesuai untuk diperolehi untuk membantu pembaca menghabiskan satu hari satu juzuk al-Quran terutamanya pada bulan Ramadan, kiranya dapat khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari.

Iklan

"Justeru, pengunjung boleh memilih al-Quran mengikut cita rasa masing-masing sama ada kotak ataupun 'pouch'," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Muhamad Asyraf menunjukkan produk terbaharu Karya Bestari, al-Quran At-Tilawah Perjuzuk yang direka khas untuk membantu umat Islam khatam al-Quran dalam tempoh sebulan.

Iklan

Tambah Muhamad Asyraf, Karya Bestari turut mengetengahkan produk al-Quran Amazing yang sesuai untuk tadabbur setiap hari dengan konsep satu hari satu ayat al-Quran.

"Al-Quran Amazing terbabit dilengkapi terjemahan perkataan, perbahasan tafsir Ibnu Kathir dan tafsir At-Thabari yang sesuai digunakan sesiapa sahaja terutamanya bertadabbur seisi keluarga bersama ibu bapa," ujarnya lagi.

Menurut Muhamad Asyraf, kedua-dua edisi al-Quran terbabit ditawarkan pada harga promosi yang jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.

"Sebagai contohnya, harga senaskah al-Quran Amazing ketika jualan gudang adalah RM100 senaskah dan jika membeli dua naskah menjadi RM150," kongsi beliau.

Dalam pada itu,Muhamad Asyraf memberitahu, terdapat tawaran diskaun 15 peratus untuk ahli biasa, 20 peratus bagi ahli VIP dan 30 peratus bagi pembelian borong sekurang-kurangnya 30 naskhah untuk al-Quran semasa jualan itu.

"Jualan kali ini menampilkan lebih 37 variasi al-Quran merangkumi pelbagai saiz serta versi termasuk edisi terjemahan, bercetak warna mahupun versi asas," ujarnya lagi.

Tambah beliau, dengan pilihan harga yang berpatutan dan rekaan menarik, al-Quran keluaran Karya Bestari itu bukan sahaja sesuai untuk kegunaan sendiri, malah sesuai dijadikan hadiah buat ibu bapa, anak-anak mahupun ahli keluarga.

Selain al-Quran, jualan gudang terbabit turut menampilkan buku-buku baharu, novel, bahan bacaan umum dan koleksi istimewa Karangkraf pada harga runtuh.

Jualan Gudang Karangkraf 2025 tersebut berlangsung setiap hari selama 10 hari dari 26 September hingga 6 Oktober bermula jam 9 pagi hingga 7 malam.