Xiaomi perkenal siri Xiaomi 15T dengan optik hebat, lengkap teknologi terkini

Iklan
Sensor imej Light Fusion 900 pada Xiaomi 15T Pro yang menawarkan 13.5 EV dynamic range untuk kejelasan optimum.

XIAOMI secara rasmi melancarkan siri terbaharu, Xiaomi 15T dan Xiaomi 15T Pro sekali gus menandakan evolusi berani bagi siri T yang sinonim dengan fotografi kelas flagship, teknologi terkini dan rekaan moden untuk pengguna trendsetter.

Dalam satu kenyataan, Xiaomi memaklumkan bahawa siri Xiaomi 15T menampilkan sistem tiga kamera canggih hasil kerjasama dengan Leica, terdiri daripada kamera utama, ultra lebar dan telefoto dengan julat panjang fokus meliputi 15 milimeter (mm) hingga 92mm.

Iklan
Iklan

“Xiaomi 15T Pro pula hadir dengan kamera utama, ultra lebar dan telefoto Leica 5x Pro, dengan julat panjang fokus dari 15mm hingga 230mm.

“Kedua-dua model dilengkapi kamera utama 50MP dengan lensa Leica Summilux, apertur ƒ/1.7 (Xiaomi 15T) dan ƒ/1.62 (Xiaomi 15T Pro), yang mampu menghasilkan imej terperinci dengan warna vivid serta kontras tinggi, termasuk dalam keadaan cahaya rendah,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Xiaomi 15T Pro pula hadir dengan kamera utama, ultra lebar dan telefoto Leica 5x Pro.

Xiaomi turut memaklumkan bahawa kualiti imej pada Xiaomi 15T Pro dipertingkatkan menerusi penggunaan sensor imej Light Fusion 900, yang menawarkan 13.5 EV dynamic range untuk kejelasan optimum.

Iklan

“Antara ciri utama lain ialah sistem telefoto Leica 5x Pro yang menawarkan zum optik 5x, zum tahap optik 10x dan sehingga 20x Ultra Zoom, sesuai untuk pelbagai senario penggambaran.

“Kedua-dua peranti juga hadir dengan kamera hadapan 32MP,” katanya.

Lebih menarik, siri ini turut dilengkapi platform fotografi berkomputasi generasi baharu Xiaomi AISP 2.0, yang menampilkan ciri PortraitLM 2.0 dan ColorLM 2.0 bagi meningkatkan kedalaman, tona dan kesetiaan warna.

Selain itu, siri Xiaomi 15T memperkenalkan teknologi komunikasi canggih menerusi Xiaomi Astral Communication, termasuk debut global Xiaomi Offline Communication yang membolehkan komunikasi suara secara terus antara peranti dalam jarak sehingga 1.9 kilometer (15T Pro) dan 1.3 kilometer (15T), tanpa memerlukan rangkaian mudah alih atau Wi-Fi.

Kedua-dua model turut dikuasakan oleh sistem operasi baharu Xiaomi HyperOS 3, yang turut membuat penampilan global sulung pada siri ini, hadir dengan ciri pelbagai tugas lebih pantas, rekaan antaramuka baharu dan integrasi pintar melalui Xiaomi HyperAI.

Peranti juga dilengkapi bateri berkapasiti 5,500mAh dan dijana oleh cip berkuasa tinggi Dimensity 9400+ (Xiaomi 15T Pro) serta Dimensity 8400-Ultra (Xiaomi 15T), disokong sistem penyejukan Xiaomi 3D IceLoop untuk prestasi konsisten.