Munoz tabik kesungguhan, disiplin pemain
Iklan
Kesebelasan utama JDT mempamerkan aksi mantap ketika turun berdepan Bangkok United dalam Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC), Piala Shopee di Stadium Sultan Ibrahim pada Khamis. - Foto: FB Johor Southern Tigers
PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz memuji kesungguhan dan disiplin tinggi yang dipamerkan para pemain sehingga berjaya meraih kemenangan bergaya 4-0 ke atas Bangkok United dalam aksi Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC), Piala Shopee di Stadium Sultan Ibrahim pada Khamis.
Menurut Munoz, kesebelasan skuad Harimau Selatan mempamerkan aksi bertenaga, terutamanya pada babak kedua, bagi memastikan kemenangan di hadapan penyokong sendiri.
Iklan
Iklan
“Lawan yang kita hadapi bukan calang-calang pasukan. Mereka memberikan tentangan sengit sejak awal, namun sebaik kita menemui rentak dan menjaringkan gol, perlawanan mula berubah.
“Selepas jaringan tersebut, pemain berjaya mengeksploitasi kelemahan pelawat hingga meledak tiga lagi gol.
Iklan
“Tahniah kepada semua pemain atas komitmen yang ditunjukkan ketika beraksi di padang,” katanya sejurus tamat perlawanan.
Pada perlawanan berkenaan, JDT meledak empat gol menerusi hatrik penyerang import, Bergson Da Silva pada minit ke-46, 73 dan 91, manakala Joao Figueiredo turut mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-52 bagi melengkapkan kemenangan penuh gaya skuad Harimau Selatan.
Iklan
Sementara itu, Munoz turut memuji aksi Afiq Fazail yang disifatkan telah membantu mengukuhkan bahagian tengah pasukan.
Katanya, selain memberikan kestabilan buat pasukan, Afiq juga dilihat berjaya mengemudi jentera tengah dengan baik dalam usaha mematahkan serangan lawan.
“Bagi saya, Afiq seorang pemain yang berpengalaman dan tahu melaksanakan peranan yang diberikan. Tidak salah saya memberikan kepercayaan kepadanya.
“Dia cukup bertenaga dan bekerja keras untuk memenangi setiap pertembungan dengan pemain lawan. Itu merupakan kelebihan yang sangat berguna buat JDT,” ujarnya.
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.