PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan akan meneliti rayuan nelayan, pekebun dan pengusaha bot yang layak supaya tidak tercicir daripada menikmati subsidi petrol di bawah Program Bantuan Subsidi Madani RON95 (BUDI95).
Beliau berkata kerajaan tidak akan menafikan hak golongan yang benar-benar menggunakan petrol untuk aktiviti harian walaupun mereka tiada lesen atau kenderaan berdaftar.