Cabaran era digital tambah risiko kepada kanak-kanak
Iklan
Ibu bapa perlu tegas memantau anak-anak, berkomunikasi secara terbuka serta menjadi teladan baik bagi mencegah mereka daripada terjebak dengan dadah. Gambar hiasan (Gambar kecil: Nurhafizah)
SHAH ALAM – Ibu bapa perlu tegas melindungi anak-anak mereka daripada terjebak dalam penyalahgunaan dadah yang semakin membimbangkan ketika ini.
Pensyarah Kanan Program Kaunseling Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Nurhafizah Mohd Sukor berkata, cabaran era digital menambah risiko apabila kanak-kanak berpotensi memperoleh akses kepada bahan terlarang tanpa batasan umur.