Inkues Zara Qairina: Situasi tegang apabila pelajar jumpa surat 'privasi Zara' - Saksi

Iklan
Peguam bela, Rizwandean M Borhan (tengah).

KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner di sini hari ini dimaklumkan oleh saksi pelajar kedua bahawa situasi pada malam Allahyarham Zara Qairina Mahathir dituduh mencuri bertambah tegang apabila ada pelajar didakwa terjumpa surat dipercayai mengandungi 'privasi Zara.

Peguam bela, Rizwandean M Borhan berkata, pada malam 15 Julai 2025, Zara dipanggil masuk ke sebuah dorm dan dibawa ke satu sudut bilik untuk disoal mengenai kehilangan dompet.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Zara menafikan tuduhan tersebut dan bersumpah bahawa dia tidak mengambil dompet berkenaan.

Pelajar yang membuat aduan kemudian dipercayai menerima penafian Zara dan memohon maaf.

Iklan

"Namun, tidak lama selepas itu, seorang pelajar lain masuk ke dorm dan dengan marah menuduh Zara mencuri barangan peribadi miliknya.

"Pelajar tersebut kemudian keluar dan kembali bersama dua rakan lain, lalu mengelilingi Zara yang ketika itu masih berada di sudut bilik," katanya ditemui media di luar mahkamah.

Iklan

Sehubungan itu, menurut saksi, seorang pelajar mula memarahi Zara dengan kata-kata kesat, termasuk perkataan menghina, menyebabkan mangsa menangis.

"Surat privasi itu jika tidak silap, Zara ada menyatakan dia mahu menjadi Badar. Badar ini maksudnya pengawas surau di sekolah.

"Saksi turut menyatakan Zara kelihatan semakin sedih dan terus menangis sebelum beberapa pelajar meninggalkan dorm.

"Malah, pelajar itu juga berkata dia juga berasa takut dan melarikan diri daripada situasi tersebut," katanya lagi.

Prosiding inkues akan bersambung esok dengan melibatkan saksi pelajar yang ketiga. - Awani