BUDI95: Individu tidak layak boleh hubungi pusat khidmat pelanggan

Iklan
Program Budi Madani RON95 (BUDI95).

SHAH ALAM – Individu yang tidak layak menerima bantuan melalui Inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) selepas membuat semakan masih boleh mendapatkan maklumat lanjut dan khidmat sokongan daripada pelbagai saluran rasmi disediakan kerajaan serta syarikat minyak.

Pengguna boleh terus menghubungi Pusat Khidmat Budi Madani di talian 1300-88-9595, WhatsApp 03-2631 4595 ataupun melalui e-mel tanya@budi95.gov.my.

Iklan
Iklan

Selain itu, beberapa syarikat minyak turut menyediakan pusat khidmat pelanggan bagi membantu orang ramai mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pelaksanaan bantuan itu.

Antara talian syarikat minyak yang boleh dihubungi termasuklah Petronas menerusi talian 1300-88-8181, WhatsApp 03-4264 5838 ataupun e-mel mesralink@petronas.com.

Iklan

Bagi Shell, pengguna boleh menghubungi talian 1300-88-1808 dan e-mel generalpublicenquiries-MY@shell.com bermula jam 8 pagi hingga 6 petang dari Isnin hingga Jumaat kecuali hari kelepasan am.

Menerusi laman web BUDI95 itu, pengguna juga boleh mendapat maklumat lanjut dengan menghubungi Petron menerusi talian 1300-22-8211 ataupun e-mel petroncare@petron.com.my.

Iklan

Individu tidak layak mendapat inisiatif BUDI95 boleh merujuk laman web berkaitan.

Antara lain, Caltex (1800-88-3188/e-mel myhqcsc@chevron.com), BHP (1300-22-2828 / 03-7890 5111/ e-mel orange@bhpetrol.com.my), Five (03-2391 1555/ e-mel enquiry@5petrol.com) dan Buraqoil (019-306 1667/e-mel info@buraqoil.com.my)

Syarikat Smart pula boleh dihubungi melalui talian 03-5121 4355 / 03-5124 6355 dan e-mel smart.ssrsg@gmail.com, Xcel (086-311193 / 082-483355/ e-mail xcel@hlgoc.com serta Petros (082-297670/ e-mailemel: sales@sedcenergy.com)

Turut disenaraikan, sokongan daripada aplikasi TNG eWallet (03-5022 3888), Setel App (hello@setel.com) serta MyDigital ID (03-8687 2772, info@myid.my).

Kesemua nombor pusat khidmat pelanggan dan syarikat minyak terbabit boleh diperolehi dengan melayari laman web https://www.budi95.gov.my/contact-us