Trump iktiraf kejayaan Malaysia, memudah cara gencatan senjata Kemboja–Thailand

Iklan
Anwar ketika mengadakan perbualan telefon bersama Trump.

SHAH ALAM – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf kejayaan Malaysia memudah cara perjanjian gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand sebagai satu pencapaian besar yang memperlihatkan kewibawaan Malaysia serta keteguhan ASEAN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut dinyatakan oleh Trump menerusi perbualan telefon bagi membincangkan isu serantau, khususnya berkaitan konflik Kemboja–Thailand.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perbualan telefon itu berlangsung ketika beliau menerima kunjungan hormat wakil perdagangan AS, Jamieson Greer yang berada di Kuala Lumpur sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-57 dan mesyuarat berkaitan.

"Dalam perbualan telefon bersama Presiden Donald Trump sebentar tadi, saya tegaskan komitmen Malaysia selaku Pengerusi ASEAN untuk terus memainkan peranan proaktif dalam memastikan keamanan serantau.

Iklan

"Saya turut menyampaikan penghargaan kepada beliau atas peranan yang dimainkan oleh Amerika Syarikat dalam memastikan gencatan senjata tersebut tercapai," katanya menerusi laman Facebook pada Khamis.

Tambah Anwar, Malaysia menantikan kehadiran Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN pada bulan hadapan.

Iklan

"Ia akan menjadi platform penting untuk mengukuhkan kerjasama demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau," ujarnya.