Misi Global Sumud Flotilla empat hari lagi sampai Gaza - ZRA

Iklan
Hari kelapan pelayaran misi GSF ke Gaza diteruskan dari Greece menuju ke perairan antarabangsa. - FOTO FB ZRA Strim

SHAH ALAM - Hari kelapan pelayaran misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza diteruskan dari Greece menuju ke perairan antarabangsa.

Menurut Zainal Rashid Ahmad menerusi laman TikTok ZRA Strim, semua kapal misi itu kini belayar di Tebing Crete untuk mengelak kesan ombak tinggi dan laut bergelora.

Iklan
Iklan

"Cuma laut bergelora dan angin kencang. Kami dijangka akan keluar dari perairan Greece dan menuju ke perairan antrabangsa sekitar separuh hari pelayaran, seterusnya memasuki zon kuning yang menjadi cabaran besar untuk berdepan dengan angkatan tentera Israel (IDF)," katanya.

Menurutnya, 53 kapal GSF dijangka sampai ke bumi Gaza dalam tempoh empat hari lagi.

Iklan

"Sebagai flotilla gerakan awam, bahaya pasti ada. Kita berdepan tentera paling zalim di dunia pada alaf ini. Kita doakan Palestin merdeka.

"Doakan juga kami selamat sampai ke Gaza bagi memenuhi misi menyalurkan bantuan makanan, perubatan dan keperluan kepada kanak-kanak," ujarnya.

Iklan

habis//