TPR SPRM ditahan kes dadah dibebas dengan jaminan polis

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu. Gambar kecil: Aidi Sham

PUTRAJAYA - Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan untuk membantu siasatan kes dadah dibebaskan dengan jaminan polis pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki itu akan dibebaskan selepas tempoh reman tiga hari bermula Selasa terhadapnya tamat.

Iklan
Iklan

"Kertas siasatan telah dirujuk kepada TPR semalam (Rabu) dan masih menunggu arahan selanjutnya," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Media sebelum ini melaporkan, TPR SPRM itu didapati positif dadah selain memiliki barang terlarang terbabit.

Iklan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan dipetik berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952

Berikutan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menegaskan akan mencadangkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) agar TPR terbabit direhatkan daripada menjalankan tugas sementara siasatan lanjut dijalankan polis.

Iklan