HONOR X9d 5G tawar teknologi inovatif, ketahanan luar biasa

Iklan
Justin (kiri) dan Muhammad Jefri (kanan) semasa Majlis Pelancaran HONOR X9d 5G pada Rabu.

PETALING JAYA – HONOR Malaysia sekali lagi mencipta sejarah apabila memperkenalkan HONOR X9d 5G, telefon pintar serba baharu yang digelar 'raja ketahanan' dengan pelbagai teknologi inovatif.

Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Malaysia, Justin Li berkata, telefon pintar terbaharu yang dilancarkan pada Rabu itu hadir dengan teknologi terkemuka industri, namun masih mengekalkan harga mampu milik bermula RM1,499.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, model baharu itu direka dengan ketahanan tiga lapisan inovatif selain menawarkan 10 peningkatan kuasa merangkumi ketahanan, jangka hayat bateri, paparan, cipset, audio dan rangkaian.

"Telefon pintar ini menetapkan penanda aras baharu dari segi prestasi dan kebolehpercayaan menjadikannya pilihan utama pengguna di Malaysia," katanya semasa Majlis Pelancaran HONOR X9d 5G di sini pada Rabu.

Iklan

Justin memberitahu, HONOR X9d hadir dalam dua varian iaitu RAM 24GB termasuk HONOR Turbo RAM 12GB dengan storan 256GB pada harga RM1,499 serta storan 512GB pada harga RM1,699.

"Peranti itu turut ditawarkan dalam empat pilihan warna menarik iaitu Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold dan Midnight Black, dan boleh didapati di semua pusat jualannya seluruh negara bermula 10 Oktober depan," ujarnya.

Iklan

Beliau memberitahu, pelanggan yang membuat pra tempahan HONOR X9d sehingga 9 Oktober depan akan menerima hadiah percuma bernilai RM1,146 termasuk tablet HONOR Pad X7.

"Pelanggan juga akan menerima tiga polisi perlindungan eksklusif iaitu perlindungan retak depan dan belakang 365 hari, jaminan lanjutan setahun serta jaminan perlindungan kerosakan cecair.

Menurut Justin, tawaran itu membuktikan komitmen HONOR untuk memberi lebih nilai kepada pengguna tanpa sebarang kompromi.

“Dengan pakej pra tempahan ini, HONOR X9d bukan sahaja tampil dengan peningkatan teknologi canggih, malah hadir bersama perlindungan menyeluruh dan hadiah bernilai tinggi.

"Kami mahu memastikan rakyat Malaysia mendapat pengalaman premium dengan harga terbaik," tambahnya.

Sementara itu, Pengurus Pelatih Negara Honor Malaysia, Muhammad Jefri Shah berkata, peranti itu membawa 10 peningkatan utama, termasuk perlindungan hentakan canggih, kapasiti bateri terbesar dalam kelasnya, pengimejan AI terkini serta paparan dan cipset generasi baharu.

Jelas beliau, model terbaharu itu juga mencipta rekod sebagai telefon pintar pertama di dunia dengan Pensijilan SGS Triple Resistant Premium, sekali gus menjadikannya tahan jatuhan, kalis air dan debu.

"Ia juga mencatat sejarah sebagai telefon pertama dengan penarafan IP69K selain mampu menahan semburan air bertekanan tinggi dan terendam sehingga sebulan," katanya.

Kata beliau, telefon pintar itu turut memperkukuh ketahanan melalui kaca ultra-tempered, bingkai penyerap hentakan berinspirasi kalis peluru dan struktur enam lapisan yang meningkatkan daya tahan impak lebih 100 peratus.

"HONOR X9d hadir dengan bateri 8,300mAh, terbesar dalam pasaran yang mampu bertahan sehingga tiga hari penggunaan.

"Ia menyokong pengecasan pantas 66W serta fungsi reverse charging untuk bertindak sebagai ‘powerbank'.

“Dengan inovasi ini, HONOR X9d 5G direka untuk seiring dengan gaya hidup sibuk rakyat Malaysia, menawarkan ketahanan, prestasi dan kebolehpercayaan pada tahap tertinggi," tambahnya.