Sumud Flotilla dan kita
Iklan
Sokongan terhadap flotilla menjadi bukti bahawa rakyat Malaysia tidak pernah sunyi daripada rasa kemanusiaan.
KETIKA kapal-kapal bantuan kemanusiaan di bawah panji Misi Global Sumud Flotilla sedang belayar menuju Gaza, jauh di tanah air, ribuan hati rakyat Malaysia bergetar bersama.
Walaupun hanya dapat mengikuti perkembangan melalui berita, siaran langsung dan media sosial, rakyat tempatan menyuarakan doa, harapan serta kata-kata semangat kepada pasukan sukarelawan yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi misi kemanusiaan itu.