Lelaki maut disyaki terjun ke sungai selepas kereta terbabas

Iklan
Seorang lelaki maut selepas disyaki terjun ke sungai di Kampung Batu Puteh, Kinabatangan selepas kereta terbabas. Foto JBPM/APM

KINABATANGAN - Seorang lelaki maut selepas disyaki terjun ke dalam sungai di Kampung Batu Puteh di sini setelah kereta yang dinaiki bersama isterinya terbabas di jambatan kampung itu pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintenden D Ravi berkata, mangsa berusia 42 tahun yang juga bekerja sebagai pereka grafik itu menaiki kereta jenis Perodua Ativa dan dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu.

Iklan
Iklan

"Setelah terbabas, mangsa tiba-tiba keluar daripada kereta terbabit dan terjun ke Sungai Kampung Batu Puteh.

Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kinabatangan bagi tujuan bedah siasat. Foto JBPM/APM

Iklan

"Ibu Pejabat Polis Daerah Kinabatangan menerima laporan berhubung kejadian pada 4.40 petang semalam... susulan itu, sepasukan polis bersama agensi lain termasuk bomba serta penduduk kampung menjalankan operasi mencari serta menyelamat mangsa," menurutnya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemukan pada 11.15 pagi Rabu, kira-kira 5 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Iklan

"Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kinabatangan bagi tujuan bedah siasat... setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sementara menunggu keputusan penuh bedah siasat," katanya. - Bernama