ISTANBUL - Sebuah jawatankuasa antarabangsa pada Rabu menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membincangkan serangan Israel pada waktu malam ke atas flotila antarabangsa yang dalam perjalanan ke Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Memandangkan sesi ke-80 Perhimpunan Agung PBB yang sedang berlangsung, kami menyeru semua negara anggota supaya mengetengahkan isu serangan ke atas flotila dalam agenda perhimpunan dan meluluskan satu resolusi bagi menangani pencabulan serius ini,” menurut Jawatankuasa Antarabangsa bagi Menamatkan Kepungan Gaza di platform media sosial X.