SPRM lengkapkan siasatan kes 'counter setting'
Iklan
Azam ditemui pemberita di MMU pada Rabu.
CYBERJAYA - Siasatan kes tangkapan membabitkan skandal ‘counter setting’ sedang dilengkapkan, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Menurutnya, jumlah individu yang ditahan masih kekal.
Iklan
Iklan
“Siasatan sedang dilengkapkan dan tiada tangkapan baharu setakat ini.
“Saya telah arahkan pegawai saya untuk mempercepatkan siasatan dalam tempoh tiga minggu dari sekarang. Selepas itu, sekiranya ada perkembangan lanjut sama ada dituduh atau tidak, saya beri jaminan akan maklumkan,” katanya pada Ulang Tahun ke-8 Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) di Universiti Multimedia (MMU) di sini, Rabu.
Iklan
Minggu lalu, Azam dilaporkan berkata, pihaknya sedang meneliti rekod kewangan ahli keluarga dan rakan rapat individu yang ditahan berhubung kes terbabit.
Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata, pegawai penguat kuasa terbabit menerima bayaran wang rasuah berjumlah RM1,800 hingga RM2,500 bagi setiap warga asing yang berjaya masuk ke Malaysia.
Iklan
Bayaran wang rasuah itu dibuat secara tunai dan menggunakan akaun keldai.
Secara purata, pegawai yang terlibat menerima wang rasuah antara RM10,000 hingga RM50,000 sebulan bergantung kepada jumlah warga asing yang dilepaskan.
Menerusi operasi bermula 9 September lalu, SPRM melalui Op Rentas menahan seramai 30 individu termasuk 18 pegawai agensi penguat kuasa, lima pemilik syarikat dan tiga orang awam.
Tangkapan dilaksanakan di sekitar Selangor, Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bekas komando ceroboh bilik bilal masjid, curi duit tabung dipenjara empat bulan"><meta itemprop="description" content="Bekas komando ceroboh bilik bilal masjid, curi duit tabung dipenjara empat bulan
Bekas komando dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka pada Khamis selepas mengaku bersalah menceroboh bilik bilal sebuah masjid, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, Mohd Zaidi Mohtar, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794683/berita/semasa/bekas-komando-ceroboh-bilik-bilal-masjid-curi-duit-tabung-dipenjara-empat-bulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kescuritabungmasjid"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T09:47:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P106S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3jpuy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3jpuy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3jpuy"></script>